Thursday 7 March 2013

tips mudah nak kuasai bahasa arab



Assalamualaikum :)

hari ni ana nak kongsi tips pada antum semua mcm mana nak kuasai bahasa arab dgn sekali petik je . ce petik sikit jari tuh? *tapp* haaa senang kan ? :P  HaHa
sbnrnya dah lama terpikir nak buat entry pasal ni tapi asik lupe je . sorry .




bg ana . . . ' huh,ana seyh :P ' k bg ana . . . BA ni sgt lah mudah kita nak kuasai kalau ada minat . minat tu sgt penting ye . sbb bila kita minat , kita akan mudah nak terima benda tu dalam diri kita . err . . paham tak ? k contoh mcm ana sendiri , ana tak minat masak , so bila tak minat , tu yg nak masak pun tak reti . *mak mentua pless jgn reject menantumu ini*

tapi kalau mmg tak minat ? kena minatkan jugak ! wajib! sbb bila kita tak minat , kita nak belajar pun tak semangat . tp bila kita minat , ikhlas tu akan wujud . so bila belajar pun takde la nak tensyen2 kan . takde la nak ponteng2 kelas . mcm aku , bila waktu fizik . kahkahkah .

ekcely , bila ada orang tanya ana ' adila , mcm mana nak score BA ek? ' automatik ana akan jawap ' kena minat ' . kalau korang jadi org yg bertanya tu rasa mcm nak bagi siku tak ? sumpah . ana tak tau nak bagi jwpn ape selain itu . sbb mmg itulah yg ana rasa . fyi , ana ni mmg suka sgt belajar arab . tak tau lah kenapa . seronok! :D perasaan tu tak tau nak describe mcm mana .

pernah satu hari tu , kami baru balik dari jalan2 . pastu azan . then kami singgah lah masjid nak solat . tiba2 ada sorang hamba Allah ni datang kat kami . pastu speaking arab . dia jual something . ape ntah . tapi ayat2 al-quran lah . ana dah blur . pastu mak ana yg ckp2 dgn penjual tu . dalam BA ! wah ! impressed gila kot . seronoknya dpt balas balik ape orang tu cakap . rasa jeles pun ada . aku ni mmg pantang kalau nmpk orang yg boleh speaking bahasa asing dgn lancar . tak kesah lah bahasa ape pun . even tamil . lagi2 kalau orang tu bangsa melayu . mmg jeles tahap gaban lah .




so skrg ana dah kaji cane nak tolong orang biar jgn nyampah kat BA ni . lagi2 budak sekolah . ana tensyen kalau budak tu masa form1 form2 dia study arab . tapi bila nak pmr dia pegi drop subjek tu . huh sayang gila kot . tak rasa sia2 ke dah penat2 belajar 2 tahun pastu nak drop ? ana nak nasihatkan la kat sape2 jgn lah buat mcm tu . nnt menyesal . dan ana bersyukur sgt sbb dulu ana tak drop subjek KKQ . benda baik jgn ditinggal . lagi2 ilmu akhirat . nnt kalau Allah tanya nak jawap ape ?
takkan nak jawap ' ahh , aku tak pandai , buat apa nak belajar? ' gitu? isy isy isy tak boleh . . .

k arab dgn menghafal mmg tak boleh dipisahkan . bila ada perkataan yg tak paham je terus cari makna . jgn malas nak bukak kamus! pastu HAFAL . benda ni kena practice hari2 . maybe dalam sehari korang boleh amek 10 perkataan dalam kamus . kemudian hafal . pastu hari2 kena ulang dan sebut perkataan yg sama sampai betul2 ingat . biar terkubur dlm sim kad otak tu . mcm kita hafal al-quran jugak la kan ? tak nak bagi lupa , kena lah ulang hari2 . amalkan . baca dalam solat . barulah mantopp . hehe boleh kan ?
sebenarnya cara ni dari dulu umi paksa ana suruh buat . lagi2 BI . tapi sekali pun ana tak penah cuba . haha . sifat malas aku ni mmg tak boleh ditandingi mana2 monster dlm dunia ni . so korang jgn ikut! nak pandai , tak mo malas2 tau  :P

kadang kita nak buat ayat dlm karangan tiba2 tangan terhenti sbb tak tau nak translatekan kalimah tu dlm bahasa arab . dan mulalah waktu tu kita jadi sasterawan negara . kalau 'rumah' jadi 'rumahun' , 'makan' jadi 'makanun' , ' sayang' jadi 'sayangon' dan mcm2 lagi . hehe betul tak ape ana ckp ni ? elleh tak nak ngaku pulak . tk payah nak tipu sbb aku pun biasa buat cam tu . HaHaHa

cara lain yg boleh bantu korang untuk memperkasakan lughah ialah ketika membaca tafsir al-quran . biasanya kita akan baca ayat al-quran tu dulu pastu baru baca terjemahan kan?so lepas ni kita kena keja keras siket . lepas dah baca terjemahan , kita baca lagi sekali ayat al-quran tu untuk kita matching kan perkataan dgn makna dia . hmm paham tak ? cane nak terangkan ek ? susahla , kena buat demo gak kalau tak , korang tak paham :P hehe tp harap2 korang fahamlah ye . so bila kita dah tau makna nnt senanglah nk buat karangan sbb otak kita automatik teringat kat tafsir al-quran yg kita baca makna tadi . dan otak kita secara tak langsung jugak akan terbayang kedudukan kalimah al-quran tu kat mana . atas ke , bwh ke , akhir ayat ke . dan sebagainya :) subahanallah , hebat kan Allah cipta otak kita

haaa . . . . lagi satu ! mungkin masa korang buat karangan tu , ada kalimah yg dah tak tau sgt nak translatekan dlm BA mcm mana , korang boleh la baca balik doa2 yg korang selalu amalkan dan bayangkan sekali maksud doa tu . mana tau dari perkataan2 dlm doa tu , ada yg berkaitan dgn karangan yg korang nak buat . kan kan ? ;) so boleh la cuba aplikasikan dari skrg .




qawa'id . dalam erti kata lain , grammar . eh yeke? em , ye lah kot .contoh , nahu saraf . segala benda yg korang belajar tu lah , tawabi' , balaghah , i'rab , isim , fiil dan sebagainya . ana tau mmg susah nak ingat segala benda ni . tapi sbnrnya benda2 ni tak susah kalau kita paham . tk payah hafal pun takpe tp korang wajib paham . serious ana ckp benda tu akan jadi mudah kalau kita faham . sbb bila kita paham automatik kita akan ingat . ini betul2 , bukan cobaan . percayalah . senang je cara nak paham . time ustaz aja kena fokus . jgn ustaz tgh bebel2 kat depan kau pun buat projek kt blkg . haha aku lah tuuu :P
bila tak paham terus jumpa ustaz , tanya . jgn malu . jgn segan . kalau malu tak dapat . rugi kan ? bila kita dah paham , masa nak exam dah tak yah kelam kabut nak bukak buku tebal2 nak pahamkan semua benda . tinggal selak2 je nota dgn latihan yg kita dah buat . okay? hihi ingat! kena pahamkan! buat lah ape cara sekalipun , asalkan paham . tak kesahlah kau nak rebus ke , nak goreng ke nota tu pastu sumbat dlm mulut .  janji paham .

hmm ape lagi ek ? haaa mungkin cara ni ckgu korang dah biasa buat . dan ana pun suka guna cara ni :) sbb mmg boleh cpt ingat . ape dia ? nyanyi ! hehe kalau dulu masa sek ren , ustazah ana guna lagu pelangi2 . ala rancangan ptg2 yg dulu kat tv9 tu . pelangi2 , alangkah indah mu , merah kuning hijau lalalalaaa ~
lirik lagu tu ditukar kpd perkataan fiil madhi . contoh , *korang kena nyanyi guna lagu pelangi ni tau!* akala , akalaa , akaluu , akalat , akalata , akalna , akalta , akaltuma , akaltum , akalti , akaltumma , akaltunna , akaltu , akalna .... fiilul madhi ~
mana yg tak penah buat , bolehla cuba ye :)

selain tu , korang boleh buat latihan byk2 , kalau ada soalan yg tak faham cepat2 tanya ustaz , rajin2kan buat ayat . . . buat karangan . . . pastu suruh ustaz cek , mana tau ada yg salah . hm . . . maybe korang boleh ajak ustaz korang berkomunikasi dlm bahasa arab . em . . mungkin korang boleh tampal nota2 yg comel loteh kat dinding bilik korang . so tiap kali terpandang je , mesti terbaca sekali nota tu . lagi . . .  haaa rajinkan2 diri baca al-quran , at least 1 muka surat sehari .




sebenarnya an kalau antum perasaan baaaanyak sgt kelebihan kalau belajar lughah syurga ni . like my cikgu2 said , budak2 yg amek subjek arab ni untung sbb kalau nk apply ape2 insyaallah dapat . sbb dia special siket . haa tak rugi kan ? lagi lah bila kita baca quran . kan seronok kalau paham ape yg kita baca . mmg lah bahasa al-quran ni tinggi , tak boleh ikut suka hati mandai2 tafsir sendiri tapi at least kita paham ayat tu tgh ckp pasal ape . kalau dalam solat pun untung jugak . kita akan lebih khusyuk , kerana ape ? kerana kita khusyuk nak mendigestkan dalam hati dan fikiran maksud ayat yg kita baca . barulah boleh nanges tersedu sedan sbb paham makna di sebalik ayat yg kita baca :)

hmm tu je lah yg ana dapat kongsi . maaflah tak byk . hehe mudah-mudahan tips ni berguna la kot kat sape2 yg nak mantapkan bahasa arab . tips ni sume dari pandangan peribadi ana sendiri . maybe tips ni hanya sesuai untuk tolib yg masih bersekolah . sbb tips ni sgt2 lah simple . tak yah bg tau pun , dah boleh tau sendiri kan . hehe tp ana tetap nk kongsi jugk :P

kepada sape2 yg nak mintak tolong ana ajarkan bahasa arab , boleh je .  insyaallah ana tolong mana yg termampu . tapi jgn nanges pulak masa ana ajar nnt. k bitawfiq wan najah sume ! belajar rajin2 . jgn ngade2 nak setkan kat minda tu bahasa arab ni susah . kena sentiasa befikiran positif . kalau antum kata susah , maka susahlah jadinya .

akhir kalam , ana harap semua orang dpt doakan masa result keluar nnt paper arab ana tak mengecewakan . mintak2 lah graf turun . kan ? ameen kan tau :D

kredit gambar : en. google