Thursday 7 March 2013

tips mudah nak kuasai bahasa arab



Assalamualaikum :)

hari ni ana nak kongsi tips pada antum semua mcm mana nak kuasai bahasa arab dgn sekali petik je . ce petik sikit jari tuh? *tapp* haaa senang kan ? :P  HaHa
sbnrnya dah lama terpikir nak buat entry pasal ni tapi asik lupe je . sorry .




bg ana . . . ' huh,ana seyh :P ' k bg ana . . . BA ni sgt lah mudah kita nak kuasai kalau ada minat . minat tu sgt penting ye . sbb bila kita minat , kita akan mudah nak terima benda tu dalam diri kita . err . . paham tak ? k contoh mcm ana sendiri , ana tak minat masak , so bila tak minat , tu yg nak masak pun tak reti . *mak mentua pless jgn reject menantumu ini*

tapi kalau mmg tak minat ? kena minatkan jugak ! wajib! sbb bila kita tak minat , kita nak belajar pun tak semangat . tp bila kita minat , ikhlas tu akan wujud . so bila belajar pun takde la nak tensyen2 kan . takde la nak ponteng2 kelas . mcm aku , bila waktu fizik . kahkahkah .

ekcely , bila ada orang tanya ana ' adila , mcm mana nak score BA ek? ' automatik ana akan jawap ' kena minat ' . kalau korang jadi org yg bertanya tu rasa mcm nak bagi siku tak ? sumpah . ana tak tau nak bagi jwpn ape selain itu . sbb mmg itulah yg ana rasa . fyi , ana ni mmg suka sgt belajar arab . tak tau lah kenapa . seronok! :D perasaan tu tak tau nak describe mcm mana .

pernah satu hari tu , kami baru balik dari jalan2 . pastu azan . then kami singgah lah masjid nak solat . tiba2 ada sorang hamba Allah ni datang kat kami . pastu speaking arab . dia jual something . ape ntah . tapi ayat2 al-quran lah . ana dah blur . pastu mak ana yg ckp2 dgn penjual tu . dalam BA ! wah ! impressed gila kot . seronoknya dpt balas balik ape orang tu cakap . rasa jeles pun ada . aku ni mmg pantang kalau nmpk orang yg boleh speaking bahasa asing dgn lancar . tak kesah lah bahasa ape pun . even tamil . lagi2 kalau orang tu bangsa melayu . mmg jeles tahap gaban lah .




so skrg ana dah kaji cane nak tolong orang biar jgn nyampah kat BA ni . lagi2 budak sekolah . ana tensyen kalau budak tu masa form1 form2 dia study arab . tapi bila nak pmr dia pegi drop subjek tu . huh sayang gila kot . tak rasa sia2 ke dah penat2 belajar 2 tahun pastu nak drop ? ana nak nasihatkan la kat sape2 jgn lah buat mcm tu . nnt menyesal . dan ana bersyukur sgt sbb dulu ana tak drop subjek KKQ . benda baik jgn ditinggal . lagi2 ilmu akhirat . nnt kalau Allah tanya nak jawap ape ?
takkan nak jawap ' ahh , aku tak pandai , buat apa nak belajar? ' gitu? isy isy isy tak boleh . . .

k arab dgn menghafal mmg tak boleh dipisahkan . bila ada perkataan yg tak paham je terus cari makna . jgn malas nak bukak kamus! pastu HAFAL . benda ni kena practice hari2 . maybe dalam sehari korang boleh amek 10 perkataan dalam kamus . kemudian hafal . pastu hari2 kena ulang dan sebut perkataan yg sama sampai betul2 ingat . biar terkubur dlm sim kad otak tu . mcm kita hafal al-quran jugak la kan ? tak nak bagi lupa , kena lah ulang hari2 . amalkan . baca dalam solat . barulah mantopp . hehe boleh kan ?
sebenarnya cara ni dari dulu umi paksa ana suruh buat . lagi2 BI . tapi sekali pun ana tak penah cuba . haha . sifat malas aku ni mmg tak boleh ditandingi mana2 monster dlm dunia ni . so korang jgn ikut! nak pandai , tak mo malas2 tau  :P

kadang kita nak buat ayat dlm karangan tiba2 tangan terhenti sbb tak tau nak translatekan kalimah tu dlm bahasa arab . dan mulalah waktu tu kita jadi sasterawan negara . kalau 'rumah' jadi 'rumahun' , 'makan' jadi 'makanun' , ' sayang' jadi 'sayangon' dan mcm2 lagi . hehe betul tak ape ana ckp ni ? elleh tak nak ngaku pulak . tk payah nak tipu sbb aku pun biasa buat cam tu . HaHaHa

cara lain yg boleh bantu korang untuk memperkasakan lughah ialah ketika membaca tafsir al-quran . biasanya kita akan baca ayat al-quran tu dulu pastu baru baca terjemahan kan?so lepas ni kita kena keja keras siket . lepas dah baca terjemahan , kita baca lagi sekali ayat al-quran tu untuk kita matching kan perkataan dgn makna dia . hmm paham tak ? cane nak terangkan ek ? susahla , kena buat demo gak kalau tak , korang tak paham :P hehe tp harap2 korang fahamlah ye . so bila kita dah tau makna nnt senanglah nk buat karangan sbb otak kita automatik teringat kat tafsir al-quran yg kita baca makna tadi . dan otak kita secara tak langsung jugak akan terbayang kedudukan kalimah al-quran tu kat mana . atas ke , bwh ke , akhir ayat ke . dan sebagainya :) subahanallah , hebat kan Allah cipta otak kita

haaa . . . . lagi satu ! mungkin masa korang buat karangan tu , ada kalimah yg dah tak tau sgt nak translatekan dlm BA mcm mana , korang boleh la baca balik doa2 yg korang selalu amalkan dan bayangkan sekali maksud doa tu . mana tau dari perkataan2 dlm doa tu , ada yg berkaitan dgn karangan yg korang nak buat . kan kan ? ;) so boleh la cuba aplikasikan dari skrg .




qawa'id . dalam erti kata lain , grammar . eh yeke? em , ye lah kot .contoh , nahu saraf . segala benda yg korang belajar tu lah , tawabi' , balaghah , i'rab , isim , fiil dan sebagainya . ana tau mmg susah nak ingat segala benda ni . tapi sbnrnya benda2 ni tak susah kalau kita paham . tk payah hafal pun takpe tp korang wajib paham . serious ana ckp benda tu akan jadi mudah kalau kita faham . sbb bila kita paham automatik kita akan ingat . ini betul2 , bukan cobaan . percayalah . senang je cara nak paham . time ustaz aja kena fokus . jgn ustaz tgh bebel2 kat depan kau pun buat projek kt blkg . haha aku lah tuuu :P
bila tak paham terus jumpa ustaz , tanya . jgn malu . jgn segan . kalau malu tak dapat . rugi kan ? bila kita dah paham , masa nak exam dah tak yah kelam kabut nak bukak buku tebal2 nak pahamkan semua benda . tinggal selak2 je nota dgn latihan yg kita dah buat . okay? hihi ingat! kena pahamkan! buat lah ape cara sekalipun , asalkan paham . tak kesahlah kau nak rebus ke , nak goreng ke nota tu pastu sumbat dlm mulut .  janji paham .

hmm ape lagi ek ? haaa mungkin cara ni ckgu korang dah biasa buat . dan ana pun suka guna cara ni :) sbb mmg boleh cpt ingat . ape dia ? nyanyi ! hehe kalau dulu masa sek ren , ustazah ana guna lagu pelangi2 . ala rancangan ptg2 yg dulu kat tv9 tu . pelangi2 , alangkah indah mu , merah kuning hijau lalalalaaa ~
lirik lagu tu ditukar kpd perkataan fiil madhi . contoh , *korang kena nyanyi guna lagu pelangi ni tau!* akala , akalaa , akaluu , akalat , akalata , akalna , akalta , akaltuma , akaltum , akalti , akaltumma , akaltunna , akaltu , akalna .... fiilul madhi ~
mana yg tak penah buat , bolehla cuba ye :)

selain tu , korang boleh buat latihan byk2 , kalau ada soalan yg tak faham cepat2 tanya ustaz , rajin2kan buat ayat . . . buat karangan . . . pastu suruh ustaz cek , mana tau ada yg salah . hm . . . maybe korang boleh ajak ustaz korang berkomunikasi dlm bahasa arab . em . . mungkin korang boleh tampal nota2 yg comel loteh kat dinding bilik korang . so tiap kali terpandang je , mesti terbaca sekali nota tu . lagi . . .  haaa rajinkan2 diri baca al-quran , at least 1 muka surat sehari .




sebenarnya an kalau antum perasaan baaaanyak sgt kelebihan kalau belajar lughah syurga ni . like my cikgu2 said , budak2 yg amek subjek arab ni untung sbb kalau nk apply ape2 insyaallah dapat . sbb dia special siket . haa tak rugi kan ? lagi lah bila kita baca quran . kan seronok kalau paham ape yg kita baca . mmg lah bahasa al-quran ni tinggi , tak boleh ikut suka hati mandai2 tafsir sendiri tapi at least kita paham ayat tu tgh ckp pasal ape . kalau dalam solat pun untung jugak . kita akan lebih khusyuk , kerana ape ? kerana kita khusyuk nak mendigestkan dalam hati dan fikiran maksud ayat yg kita baca . barulah boleh nanges tersedu sedan sbb paham makna di sebalik ayat yg kita baca :)

hmm tu je lah yg ana dapat kongsi . maaflah tak byk . hehe mudah-mudahan tips ni berguna la kot kat sape2 yg nak mantapkan bahasa arab . tips ni sume dari pandangan peribadi ana sendiri . maybe tips ni hanya sesuai untuk tolib yg masih bersekolah . sbb tips ni sgt2 lah simple . tak yah bg tau pun , dah boleh tau sendiri kan . hehe tp ana tetap nk kongsi jugk :P

kepada sape2 yg nak mintak tolong ana ajarkan bahasa arab , boleh je .  insyaallah ana tolong mana yg termampu . tapi jgn nanges pulak masa ana ajar nnt. k bitawfiq wan najah sume ! belajar rajin2 . jgn ngade2 nak setkan kat minda tu bahasa arab ni susah . kena sentiasa befikiran positif . kalau antum kata susah , maka susahlah jadinya .

akhir kalam , ana harap semua orang dpt doakan masa result keluar nnt paper arab ana tak mengecewakan . mintak2 lah graf turun . kan ? ameen kan tau :D

kredit gambar : en. google









28 comments:

  1. Assalamualaikum, akak saya mohon share gambar2 yg dlm blog akak ni dlm facebook ye kak, terutama sekali Ilmu Bahasa Arab atau yang berkenaan dengannya. Syukran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam,silakan dik :) mudah mudahan ramai dpt manfaat

      Delete
  2. Sy suka bhs arab dan cuba memupuk cintakn bhs arab..kdg2 bila tanya kwn korang fhm x? Diaorg ckp hmm...tapi last2 dpt A..jadi sy agak jealous sikit mungkin usaha sy belum berusaha gigih utk brjaya..tapi cuti pnjang ni sh dh niat nak masuk kls arab biar jadi khatam sbb rugilah 3 tahun bljr..mase form1 main2 skrg form2 nak buat betul2 utk form3 nti..doakan sy ya ukhti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn risau dik.yg penting ada kesungguhan nk bljr.Allah akan tolong.doa ye.kdg org lain rilek je,tk study pun dpt A.tu kelebihan Allah bg kt dia.n kelebihan kte pada benda lain.so kalau diorang jalan lenggang kangkung,kita kena la berlari(usaha) biar sama level dgn diorang.kan? Gud luck dik! :)

      Delete
  3. Salam , kaq sye ni kalau ba mmg tak minat la . Tp skola sye mmg wajib ambk ba . Mse saye fom1-2 sye slalu pontng klas . Lpas tu mulela tak fham . Asas n grammar n vocab ba pom saye tak bnyak tau . Kalu fham tu jaoh skali la . Tp ble fom3 (taon ni ) bru ad rse nk blja skit2 . Tupon nk tak nk je n nk fham pom jaoh lgi . Saye slalu tdo mase ba . Kaq rse smpat lgi tak sye nk keja sume tu ? Asas pom saye susah nk faham . Vocab lgi la bnyk kne hafal . Kdang2 tension pom ad .

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah.ada masa lg.kita ni kalau tak ikhlas ilmu mmg susah nk masuk.ikhlaskan hati ye dik.minta pd Allah.usaha kena lebih :)

      Delete
  4. akak ni lawak lah :) syukran kak :)))

    ReplyDelete
  5. Kak , saya memang failed bahasa arab T_T susah nk buat hati ni minat bahasa arab . Mcm mne ni kak? Susah nk ingat

    ReplyDelete
  6. Thanks kak saya akan try

    ReplyDelete
  7. Saya sedang belajar BA....boleh saya kongsi gambar2 dlm blog adik ni utk membantu pembelajaran saya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Nak sangat belajar Bahasa arab ni
    tapi tak hafal hafal.. jadi pening bila dok hafal... cmne nk minta tolong awk ajarkan... melalui apa?? handphone atau email????

    ReplyDelete
  9. Share kan nota nahu dan shorof boleh?
    Ni email.... skuadanbu@yahoo.com

    ReplyDelete
  10. Share kan nota nahu dan shorof boleh?
    Ni email.... skuadanbu@yahoo.com

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. nak sangat pndai ba. bila tgk kwn pndai jeles pula rasa. Tapi bila beljr dkt kelas oklh tpi bila dkt luar kls mcm blank pula. lagi" bab hafal hafal tu.

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Awak buat bahasa arab itu lebih mudah

    ReplyDelete
  16. Tahun ni saya nak belajar bahagian arab untuk spm tapi kira 0...taktau apa apa...berkemungkinan tak saya dapat belajar sebelum spm ni?

    ReplyDelete
  17. mohon bagi kebenaran nak share kpd juniors ye. tq

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum kak, macm mana nk belajar dengn akak ya ? Saya ambik BA untuk degree tapi macam haih tak faham , boleh bantu saya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap akak sudi bantu, kadang rasa sedih sbb pelajar lain boleh je menjawab ;)

      Delete
    2. Saya pun sama, ambik deg tapi X pandai sangat arab,, Klau blh nk join skli,, Klau kena bayar pun saya sanggup kak

      Delete
  19. Akk kalau kite nk pandai kn ckp arab kene hafal ke

    ReplyDelete